The Smart Way To Buy Your Dream Homes______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ The Smart Property Investment_____________________________________________________________________________________________________________________________________________ Hartanah Lelong - Medium Pelaburan Popular

SILA KLIK DI SINI UNTUK SENARAI HARTANAH TERKINI

Khidmat


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Berikut adalah di antara perkhidmatan yang disediakan.
* tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

1 – Register : Bayaran: PERCUMA
Kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk urusan pendaftaran. Kami akan membantu daripada segi nasihat berdasarkan pengalaman. Bakal pembida dikehendaki memberikan maklumat penting seperti nama penuh, nombor ic, alamat surat menyurat dan juga nombor handphone selewatnya 3 atau 4 hari sebelum tarikh lelongan.
.
2 - Survey :Bayaran: PERCUMA
Kami melakukan survey, kami akan memberi satu laporan ringkas tentang tempat tersebut. Laporan tersebut akan memudahkan tuan/puan untuk menilai hartanah tersebut. Kami juga akan memberi segala maklumat yang diperlukan seperti keadaan persekitaran, kadar sewa di tempat tersebut dan peluang di masa depan di kawasan tersebut.
*
Nota 1:
Segala maklumat yang diberikan dalam laporan survey adalah berdasarkan kepada penelitian dan pengalaman kami sahaja.  Pembida dinasihatkan untuk membuat penilaian balas dan mengkaji kesesuaian hartanah tersebut sebelum mengambil keputusan untuk membuat bidaan. Pembida adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap keputusan yang diambil.
Nota 2:
Perkhidmatan survey hanya diberikan kepada bakal pembeli yang betul-betul serius sahaja dan tertakluk kepada masa yang kami ada.

4 – Bidding (sessi lelongan) : Bayaran: PERCUMA
Kami akan ke sesi lelongan mewakili tuan/puan untuk membida hartanah tersebut.
Kami juga boleh membantu dalam penyediaan bank draft jika perlu.
Apabila menang sesi lelongan, kami akan mengambil kontrak,menghantar kepada pembeli(anda), hantar salinan kepada peguam, pegawai bank.

LOAN DAN LAWYER
5-Kami bersedia menguruskan segala urusan rumah lelong yang berkaitan dengan loan dan lawyer. Pembeli hanya perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan sahaja.

6 – MEMBAIK PULIH RUMAH
Kami akan menyiapkan rumah tersebut sehingga anda atau penyewa boleh masuk dengan selesa. Tetapi segala kos membaiki akan ditanggung oleh pembeli.Para pembida disarankan agar mengambil kira anggaran kos untuk baik pulih sebelum masuk membida.

7 - MENCARI PENYEWA
Kami bersedia membantu pelanggan untuk mendapatkan penyewa untuk hartanah tersebut. Kami akan menjalankan sessi temuduga terhadap bakal penyewa bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diterima. Setelah mendapat penyewa yang sesuai kami akan mencadangkan kepada tuan rumah untuk menerima penyewa tersebut dan tertakluk kepada persetujuan tuan rumah. Bayaran untuk servis ini adalah sebanyak 1 bulan sewaan.

8 - MENYEDIAKAN SURAT PERJANJIAN SEWA
Kami turut menyediakan khidmat bagi membuat dokumen perjanjian sewaan di antara pemilik dan penyewa rumah. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan.

9 -KUTIPAN SEWA:
Kami turut menyediakan kutipan sewaan rumah dari penyewa dan memasukkan bayaran ke akaun tuan rumah.Bayaran untuk servis ini adalah sebanyak RM 50.00 sebulan untuk setiap unit .

MAKLUMAT PENTING UNTUK BAKAL PEMBELI/PEMBIDA
Sila pastikan anda tidak mempunyai masalah black list,ctos,ccris,bankrup dan sebagainya.Pastikan juga anda tidak mempunyai commitment yang terlalu banyak. Perlu diingatkan bahawa bayaran deposit yang telah dibayar kepada bank pelelong  tidak akan dipulangkan sekiranya anda gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pinjaman bank. Oleh itu sebelum membuat sebarang bidaan sila pastikan perkara-perkara yang dinyatakan tadi.

Antara perkara lain yang perlu anda pertimbangkan sebelum mengambil keputusan untuk membida mana-mana hartanah:
-membaca dengan teliti perisyitiharan jualan(POS) dan memahami  syarat-syarat jualan(COS) terutama sekali berkaitan dengan  tunggakan(samada dibayar oleh pihak bank atau sebaliknya)

*Periksa commitment kat bank (PENTING!)
*jumlah pinjaman maksimum yang boleh diberikan oleh pihak bank.


Lain-lain makluman:

 -Anggaran bayaran lawyer (Selalunya lebih kurang RM4k utk rumah Bwh 100k)
 -Anggaran bayaran bulanan kepada bank (boleh rujuk pada kalkulator pinjaman rumah pada blog ini)

Makluman Tambahan:
Sukacita dimaklumkan bahawa anda sama sekali TIDAK AKAN DIKENAKAN SEBARANG BAYARAN sekiranya  tidak berjaya dalam mana-mana bidaan  hartanah. Bayaran hanya akan dikenakan sekiranya anda berjaya membida hartanah tersebut.

*sekiranya ada sebarang kemusykilan sila hubungi saya di 019- 383 0367

Terima kasih kerana berurusan dengan kami.-SYED


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites